top of page
logo koperasi kerabat diraja kedah baru.
Koperasi Kerabat Di-Raja Kedah Berhad
(K-4-0490)

    Koperasi Kerabat Di-Raja Kedah Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah menjalani beberapa fasa perubahan daripada anggota, aktiviti, hala tuju dan pengstrukturan pentadbirannya. Koperasi Kerabat Di-Raja Kedah Berhad atau (KKDK) telah bangkit semula dengan penampilan, mutu, tatakerja, strategi dan wajah baru dalam menjayakan hasrat dan tujuan murni Koperasi ini.

 

    Pelbagai isu-isu telah pun ditangani dengan cermat dan kini Koperasi KKDK akan membuka buku baru dalam lembaran perjuangan dengan memegang hasrat murni yang telah dihasratkan oleh YTM Syed Idrus Bin Syed Baharom iaitu Pengerusi Koperasi Kerabat Di-Raja Kedah. 

​

   Kaedah-kaedah baru telah disusun untuk memastikan pentadbiran dan struktur aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan dan memberi pulangan kepada Koperasi KKDK untuk dikongsi bersama dengan ahli-ahli dan membantu golongan yang memerlukan khidmat bantuan secara amnya. 

 

   Teknologi moden yang semakin berkembang, telah banyak memberi impak kepada Koperasi KKDK dalam usaha untuk memperluaskan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi impak maksima kepada pertumbuhan ekonomi Koperasi KKDK di masa akan datang. Koperasi KKDK juga peka dengan peredaran teknologi terkini dan sedang mewujudkan satu sistem pentadbiran kawalan data, yang dizahirkan oleh salah satu Ahli Lembaga Koperasi iaitu Dato Ahmad Firdaus Bin Wan Teh dan disokong oleh mejoriti Ahli Lembaga Koperasi Kerabat Di-Raja Kedah (KKDK).

 

   Tahun 2019 adalah tahun yang akan menjadi titik pertama perubahan Koperasi KKDK dalam dunia globalisasi, untuk berkembang dalam sudut perniagaan yang memfokuskan kepada pasaran perniagaan lebih meluas ke seluruh Asia, dan pencapai visi baru dalam memperkasakan Koperasi KKDK di persada dunia perniagaan. 

 

   Usahasama dalam dan luar negara diantara Koperasi-Koperasi, Syarikat Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi Kerajaan secara amnya adalah diantara fokus utama Koperasi KKDK dalam memperkasakan jalinan perniagaan dan Ukhwah sesama ahli dan para peniaga mahupun daripada dalam dan luar negara. 

​

    Dengan berpaksikan kepada Agama Islam dan kewibawaan Institusi DiRaja di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Koperasi KKDK berhasrat dan berdoa agar segala program, aktiviti, perniagaan dan jalinan Usahasama dapat diberkati dengan limpah kurniaan Allah Subaha hanuwa ta'ala.  

 

©2020 hakcipta terpelihara Majlis Kerabat Kedah Darul Aman.

bottom of page