top of page
sultan kedah Majlis kerabat banner_edite

MAJLIS KERABAT KEDAH DARUL AMAN

MEMPERKASAKAN UMMAH DAN RAKYAT YANG BERBILANG BANGSA

KKDK LOGO.png

Majlis Kerabat Kedah adalah salah satu platfom yang ditubuhkan bagi bertujuan untuk memertabatkan Kesultanan Kedah Darul Aman dan Institusi Raja-Raja Melayu serta membantu Ahli Kerabat Kedah dan Rakyat Negeri Kedah untuk peningkatan sosial dan ekonomi.

​

Usaha yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Tertinggi Majlis Kerabat Kedah adalah memfokuskan kepada jaringan Usahasama dalam pelbagai sudut sosial dan ekonomi di Negeri Kedah Darul Aman. Ianya juga adalah pusat perkhidmatan yang memberi peluang dan membuka jaringan Usahasama dalam sektor sosial dan ekonomi dari dalam dan luar negara. 

Aktiviti Majlis Kerabat Kedah Darul Aman

"Majlis Kerabat Kedah Darul Aman bersama Rakyat"

Khidmat Sukarelawan "Majlis Kerabat Kedah Darul Aman"

negeri kedah.png
KKDK LOGO.png
Logo Koperasi Kerabat 2019.png

Majlis Kerabat Kedah akan menjalankan aktiviti sosial seperti berikut :-

 

  1. membantu golongan miskin, anak-anak yatim, rumah orang kurang upaya, 

  2. membuka peluang kepada rakyat untuk menjana pendapatan lebihan daripada Usahasama Koperasi Kerabat DiRaja Kedah dengan syarikat swasta dari dalam dan luar negara.

"Agama Islam Teras Utama Umaah Sejagat"

Merujuk kepada Perlembagaan Rukun Negara Malaysia iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, ianya adalah faktor utama yang diambilkira oleh Majlis Kerabat Kedah dalam usaha untuk membentuk masyarakat majmuk yang kembali kepada kepercayaan asas dalam kehidupan iaitu Bersyukur kepada yang Maha Esa. Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia Perkara 3(1) Agama Islam adalah Ugama Rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan , Majlis Kerabat Kedah sentiasa mengutamakan perkara ini dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi membantu masyarakat di Negeri Kedah untuk memperkasakan asas diri dan ilmu dalam keagamaan. 

Prayer Services
Anchor 1

DAULAT TUANKU

"Junjungan Kasih KDYMM Tuanku Sultan Kedah"

Majlis Kerabat Kedah akan setiasa setia bersama Kedaulatan Kesultanan Kedah yang mana ianya adalah kewajipan dalam Negara Malaysia seperti dalam perlembagaan Rukun Negara kedua iaitu Kesetian Kepada Raja Dan Negara. Majlis Kerabat Kedah juga akan memastikan hasrat Tuanku Sultan dan kemasyhuran Kesultanan Kedah dipelihara dengan baik dan meletakkan Kesultanan Kedah diantara Kesultanan yang masyhur. 

"Jadilah pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat, yang lebih mudah didekati, yang lebih ikhlas mendengar suara rakyat, terutamanya suara mereka yang dipinggirkan. Jadilah pemimpin yang lebih beretika, yang lebih berintegriti, yang berani, yang berwawasan dalam memayungi perubahan dan pergerakan ini. Jadilah pemimpin yang disegani, yang dapat memperkasakan rakyat menerusi sifat-sifat yang berkualiti, yang dapat mengubah pemikiran tidak relevan dalam dunia hari ini. Beta yakin, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang memimpin menerusi tingkah laku dan perbuatan yang baik dan bukannya sekadar menanam tebu di bibir."

​

"Sama-samalah kita membudayakan prinsip toleransi, mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati, agar keamanan yang selama ini kita kecapi, terpelihara"

TITAH 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Hubungi Kami
islam book

Hubungi Majlis Kerabat Kedah

Your details were sent successfully!

©2020 hakcipta terpelihara Majlis Kerabat Kedah Darul Aman.

bottom of page