Usahawan dan Koperasi di Melaka telah berganding bahu memwujudkan platform pertama buatan Malaysia dengan mempunyai ciri-ciri unik yang menggabungkan website promosi seperti Shopee, LAZADA, Instagram, Whatsapp Business kepada satu platform tunggal dengan menggunakan sistem terbaru buatan anak tempatan dengan nama SA2Code yang boleh di akses melalui QR Code secara PERCUMA.
Platform ini adalah satu-satunya pada ketika ini yang dapat menggabungkan kesemua website promosi terkemuka seperti Shopee, LAZADA, Facebook dan Instragram dalam satu promosi pusat yang dikendalikan oleh sabahpromo.com . Platform ini juga boleh digunakan secara percuma oleh kesemua pengguna dan peniaga tempatan untuk mempromosikan produk mereka.
Ianya adalah salah satu pendekatan terbaru dan inisiatif yang diambil oleh anak tempatan bagi membantu peniaga memasarkan produk mereka dan menyatukan produk mereka pada satu pusat promosi secara mudah dan berkesan.
Comments